Rabu, 21 Januari 2009
Di sini saya ingin mengajak orang ramai berfikir sejenak tentang apa yang hendak saya perkatakan, kita fikirkan adakah ini semua betul ataupun salah. Dalam kita hidup di dunia yang penuh dengan pembaharuan dan cabaran ini, pelbagai ragam dan adegan yang terjadi tanpa kita sedari dan menyedarinya. Disini saya ingin membincangkan isu orang susah, orang miskin atau orang yang tak berkemampuan dalam kehidupan seharian. Di mana banyak kategori yang dikelafikasikan untuk orang-orang ini. Kenapa adanya orang susah atau orang yang masih susah dalam kehidupan yang banyak perubahan ini. Pernahkah kita bertanya kenapa dan mengapa. Kita sering membincang dan memeperkatakan golongan ini dengan meluas, menjanjikan bantuan dan pelbagai bantuan. Tetapi pernahkah kita bertanya, adakah mereka ini benar-benar mendapat bantuan seperti yang dijanjikan oleh banyak pihak. Adakah dengan bantuan yang diberi dapat mengubah nasib hidup mereka dari susah menjadi senang berkekalan. kita lihat dalam Negara kita dan di sekeliling kita, berapa ramai orang yang masih susah taraf kehidupan dan ilmu. Kenapa semakin hari semakin bertambah golongan ini. Dalam usaha pelbagai pihak kononnya hendak melenyapkan kemiskinan yang ada, kini digelar miskin tegar, adakah ianya berkesan untuk selamanya atau hanya untuk sementara. Golongan ini di jadikan satu alat dan senjata bagi sesetengah pihak untuk kepentingan mereka sendiri. Bagi tujuan mereka mengejar Glamour,nama, pangkat dan keuntungan, golongan ini dipergunakan dan di tindas dengan begitu sahaja. Tanpa kita sedari atau sememangnya kita sedar, kita hanya membiarkan terus golongan ini di jadikan alat. Dan kita juga harus tanya diri sendiri kerana kita juga mungkin dalam golongan ini, iaitu golongan orang susah.Banyak peruntukan-peruntukan yang kononnya untuk membantu golongan ini di wujudkan, tetapi adakah peruntukan ini sampai dan diterima oleh golongan ini. Ini yang harus kita tanya dan fikirkan. Kalau sampai kepada mereka, kenapa masih ada orang susah. Tanpa kita sedar atau tak ambil kisah, bantuan yang ada kebanyakkan hanya bermain dan berlegar-legar dikalangan orang-orang yang tak sepatut menerimanya. Masih ingat tak pepatah lama ‘ ORANG KAYA AKAN KAYA LAGI DAN ORANG SUSAH AKAN TERUS SUSAH’. Adakah ini benar-benar terjadi di zaman sekarang..Kita tanya diri sendiri dan Renungkan sedalam-dalamnya.Kenapa dikatakan ‘ ORANG KAYA AKAN KAYA LAGI ’. Ini terjadi kerana golongan ini sahaja yang dapat menguasai apa jua bidang yang mereka inginkan, kerana mereka mempunyai ilmu, nama, pangkat, harta, wang dan berbagai lagi. Semua dikuasai mereka, seolah-olah mereka mempunyai dunia sendiri tanpa menghiraukan golongan susah yang berada di sekeliling mereka. Memang bukan semua macamni tetapi berapa ramai orang-orang ini yang ingin membantu orang susah. Orang-orang ini yang tak sepatutnya menerima bantuan,banyak juga mendapat bantuan-bantuan dari pihak-pihak yang bertanggung jawab meluluskannya. Ini semua terjadi kerana apa....? Kita tanya diri kita sendiri. Malah jikalau mereka mempunyai pangkat dan kuasa, mereka akan membantu kaum keluarga sendiri dan kroni-kroni mereka sendiri. Ini kerana apa, kerana mereka juga akan turut menikmati hasilnya. Orang susah terus dibiarkan dan ditindas.Bagi mereka, orang susah tidak akan memberi apa-apa kepada mereka. Mereka lupa..! Mereka angkuh..! Mereka lalai..!Masih ramai golongan ini belum sedar kedudukan mereka tanpa orang susah,kerana apa..! Kerana dengan adanya orang susahlah kerja-kerja mereka dapat dijalankan dan dapat memeberi mereka keuntungan. Jika tanpa orang susah yang bekerja, bolehkah mereka kerja sendirian. Tanya diri sendiri.Ini terjadi kerana golongan ini akan terus di tindas dengan sengaja atau tidak sengaja, disedari atau tanpa disedari. Golongan ini jauh ketinggalan kebelakang, di pinggir, di ketepikan dan tidak diberi peluang untuk mengubah keadaan mereka. Bukan tidak ada orang yang cerdik pandai di kalangan mereka, berilmu dan berpengetahuan luas. Tetapi tidak dapat di ketengahkan kebolehan mereka,ini kononnya mereka tidak mempunyai status, nama, pangkat, wang dan kedudukkan.Pengalaman dan ilmu yang mereka ada tidak di ambil kira kerana mereka tidak mempunyai sijil dan kelayakan yang setaraf. Mereka hanya di pandang rendah oleh pihak-pihak tertentu tanpa memberi peluang dan bimbingan. Ada juga anak-anak dari golongan ini yang mempunyai kelayakan dan sijil tetapi tidak di endahkan, malah keutamaan diberi kepada anak-anak orang yang berpangkat dan berkedudukkan dahulu. Jadi wujudlah penganggur yang begitu banyak dikalangan anak-anak orang susah. Dengan itu wujud pula masalah baru, iaitu gejala sosial, penagih dan sebagainya. Bila ini semua terjadi, semua pihak menuding jari antara satu sama lain menyalahkan keadaan yang tidak dapat dikawal dan ada juga pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mempergunakan isu ini untuk kepentingan mereka sendiri. Malah isu ini masih terus menjadi satu era baru dalam perubahan yang tak dapat dibendung lagi,lalu dibiarkan begitu saja mengikut arus zaman. SUSAH TETAP SUSAH.Dari segi untuk memajukan diri, golongan ini terpaksa berhempas pulas membanting tenaga mencari sesuap nasi untuk dijadikan santapan dan mencari pendapatan untuk menyara keluarga. Mereka diberi peluang dan bantuan oleh sesetengah pihak,tetapi adakah bantuan itu telah mencukupi dan berapa ramai yang dapat.Dengan keadaan zaman sekarang, berbekalkan bantuan yang tak seberapa, mereka dijanjikan dengan pelbagai pekara. Mereka seolah dilatih menjadi seorang yang sentiasa mengharapkan bantuan dan simpati, sehinggakan tanpa disedari mereka ini telah dikuasai oleh pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak tertentu juga mengambil peluang yang ada dan mempergunakan sebaik mungkin untuk kepentingan mereka sendiri. Kenapa tidak golongan susah ini dilatih dan dididik menjadi seorang yang berjaya agar mereka setaraf seperti pihak-pihak yang mereka rasa diri mereka tinggi kedudukannya. Kenapa tidak mereka ini diberi ilmu kehidupan yang boleh mejanjikan kesenangan yang boleh dikongsi bersama hingga ke anak cucu. Kenapa dan mengapa golongan ini tidak diberi peluang yang secukupnya untuk mengubah nasib diri mereka. Bukan setakat hanya memberi bantuan yang tak seberapa, pihak-pihak tertentu senyum dan ketawa seolah-olah mereka telah menjalankan kewajipan.Dari segi bantuan, kita tengok memang banyak pihak-pihak tertentu mewujudkan pelbagai bantuan yang kononnya untuk membantu menaikkan taraf hidup golongan susah. Tanpa kita sedari atau kita sememangnya sedar, pihak-pihak tertentu ini juga yang menggunakan kesempatan merampas bantuan-bantuan ini. Apa tidaknya, mereka mengenakan syarat-syarat yang tertentu untuk golongan susah memperolehi bantuan. Ada kategori-kategori dibuat untuk golongan susah memperolehinya,kalau tidak mengikut apa yang mereka gariskan dan mereka tentukan,sudah tentu segala bantuan tidak akan diperolehi. Adakah syarat-syarat ini perlu untuk membantu golongan susah dan adakah syarat-syarat harus diwujudkan untuk memberi bantuan. Apakah mereka ini sudah tidak mempunyai mata, telinga dan perasaan untuk menilainya sendiri. Atau mereka ini sengaja mengadakan syarat-syarat agar golongan susah ini menjadi semakin susah. Inikah yang dinamakan bantuan..?Contoh yang banyak kita dapat lihat pada masa sekarang adalah bantuan-bantuan yang kononnya untuk melahirkan usahawan berjaya, berapa ramai orang yang benar-benar memerlukan memperolehi bantuan ini. Berapa ramai golongan susah yang telah menjadi jutawan atau hartawan. Berapa..?Antara syarat-syarat yang dikenakan kepada golongan yang ingin mengubah nasib hidup mereka,yang perlukan bantuan amat membebankan dan tidak masuk akal. Sekiranya mereka ingin memohon bantuan kewangan untuk memulakan perniagaan, mereka perlu mengadakan bahan-bahan yang dikehendaki mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak-pihak yang tertentu. Mereka diminta bentangkan kertas kerja ( ini tak mengapa seharusnya mereka juga perlu mengajar dan beri panduan untuk membuatnya, tetapi mereka hanya pandai mengarah dan membiarkan golongan susah ini terkapai-kapai untuk membuatnya tanpa sebarang bantuan. Jadi sekiranya golongan susah ini tidak pandai untuk membuat kertas kerja, awal-awal dah nampak kegagalan menanti kehidupan mereka. Kalau mereka meminta orang-orang tertentu menyediakannya, mereka akan di minta bayar. Adakah golongan susah yang tak mampu dapat membayarnya. Syarat ini saja dah jelas, bukan membantu tetapi sudah mula untuk membebankan dan menutup peluang golongan susah. Itu belum yang lain-lain lagi di huraikan, belum lagi tentang orang yang perlu dijumpa, sokongan, lesen perniagaan dan sebagainya. Akhirnya siapa yang dapat bantuan kalau bukan pihak-pihak yang tertentu yang menguasai keadaan. Mereka juga yang dibanjiri dengan pelbagai bantuan dan diberi segala kemewahan dan kemudahan yang tidak sepatutnya mereka dapat. Golongan susah tetap susah dan berputih mata melihat ORANG KAYA AKAN KAYA LAGI.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan