SALAM SEJAHTERA DAN SELAMAT DATANG

DIHARAP DAPAT BERKONGSI SEGALANYA BERSAMA,JIKA ADA SALAH DAN SILAP, HARAP DIMAAFKAN.

Rabu, 25 Februari 2009


KEINDAHAN ALAM ADALAH SATU HARTA YANG TAK TERNILAI,TAPI KITA LUPA AKAN KEPENTINGAN ALAM DALAM KEHIDUPAN.KITA ALPA DAN LEKA LEMAS DALAM DUNIA KEPURAAN DAN SANDIWARA YANG TIADA KEINDAHANNYA.KITA CEMARI KEINDAHAN ALAM DAN JUA KEHIDUPAN,KITA LALAI DAN RAKUS MENCARI DAN MENGEJAR IMPIAN,TANPA KITA SEDARI.....ALAM INI MERATAPI DALAM SENDU KERANA KITA TIDAK BERPIJAK PADA BUMI YANG NYATA.ALAM DI MUSNAH......................BEGITULAH ALAM DAN KEHIDUPAN SEHARIAN.

KEDAMAIAN DAN KETENANGAN ITU HANYA HADIR BILA JIWA KITA MURNI DAN IKHLAS.CARILAH KETENANGAN YANG WUJUD TANPA KITA SENDIRI YANG MEWUJUDKAN KEADAANNYA.

Selasa, 10 Februari 2009

Isnin, 9 Februari 2009

PASRAH DALAM KEHIDUPAN

Kala aku meniti arus kehidupan ini,
Tersentap aku pada bayangan semalam penuh misteri,
Bayangan ngeri menguasai minda kecil,
Hati mula goyah dan jiwa begelora,
Kesepian mula mengambarkan kedukaan lalu,
Onak duri yang ku tempohi menyucuk kalbu,
Langkah-langkah sumbang menemani kegelapan diri,
Terkaku aku sejenak dalam lara,
Meratap hiba berlagukan kekesalan,
Menghitung saki baki sisa kehidupan,
Kemana arah tujuan yang harus dilalui,
Yang ada hanyalah persimpangan kebuntuan,
Antara khayalan dan cahaya impian kehidupan,
Aku lemas………………..
Aku buntu tanpa jawapan.

Adakah ini ujian ketabahan hati buat diriku,
Atau adakah ini sandiwara kehidupan yang harus ku redah,
Tiupan angin yang hadir seolah-olah mentertawakan aku,
Suara cengkerik seolah mempersendakan diri ini,
Aku pasrah bertemankan kesunyian malam,
Aku buntu dalam kegelapan,
Meraba aku mencari dahan tempat untuk berpaut,
Merangkak aku menuju sinar pengharapan,
Oh Tuhan...........,
Ya Allah............’
Bantulah hambamu yang dalam kegelapan,
Bantulah hambamu memecah kebuntuan,
Sesungguhnya engkaulah maha mengetahui,
Agar diri ini dapat kembali kelandasan dan hidayahmu,
Hidup dalam cahaya keimanan,
Hidup dalam kebenaran tanpa kepalsuan,
Hidup bermakna dan berpijak nyata dibumi mu.


Nukilan : SENJA MURNI